Walaupun sebelum sebelum ini saya tidak berapa gemar memasak tetapi tidak dengan kuih muih dan biskut raya. Sejak darjah lima, saya dah mula masuk dapur untuk menyediakan biskut raya. Pada masa itu, bila buat biskut raya menggunakan resepi dari majalah memang jika dibaling di kepala anjing, boleh benjol jadinya.
Hahaha itu joke seposen saya lah tu. Memang banyak resepi yang tak boleh dipercayai. Depa hanya meletakkan tepung gandum semata, bila dah dewasa baru saya tahu yang kena letak tepung jagung, kastard atau ubimenjadikan biskut raya yang lembut dan gebu.
Pecah />
Selepas berkeluarga sendiri, lagilah saya gemar menyediakan biskut raya. Jarang sekali saya membelinya. Hampir 6 atau 7 jenis biskut disediakan dengan dibantu oleh pembantu rumah. Mula mulanya hanya menggunakan oven letrik bulat, lepas tu oven letrik yang dibeli dengan harga RM1200. Hubby tak terus bawa masa pindah, dah diangkut si penyangat. Sayang sebab hanya beberapa kali saya menggunakannya sejak dibeli terutama di musim perayaan sahaja.
Resipi Tat Cadbury Guna 4 Bahan. Biskut Raya Sedap Wajib Cuba
Tapi kini bila anak anak dah besar, mereka mempunyai citarasa sendiri dalam membuat biskut dan mencari resepi sendiri. Jadi saya tidak lagi masuk dapur dan membiarkan mereka membuat kuih raya sendiri. Lagi pun setiap tahun, berlaku pembaziran kuih raya. Sayapun jadi malas nak buat atau order, cuma menghidangkan biskut yang dapat free dalam hamper jer.
Tapi biskut tart gulung ini, memang saya angkat bendera putih kerana saya tak reti membuatnya. Saya hanya pakar membuat biskut tart menggunakan acuan bunga itu sahaja. Tart gulung kalau buat, mesti doh patah bila dipicit dan digulung. Hari ini pun separuh mati dibuatnya, tak sanggup nak menulisnya di sini....
Saya memilih resepi anymz my kitchen selepas tertarik dengan apa yang ditulis. Terserlah sungguh keikhlasan anymz untuk berkongsi resepi bagi sesiapa yang ingin menambah pendapatan. Tiada langsung risaukan persaingan, malahan memberi pelbagai tips bagi menghasilkan tart yang benar benar gebu.
My Kitchen: Tat Nenas Gebu
Saya membacanya dengan rasa terharu. Betapa keadaan sudah berubah di mana sebelum ada nya teknologi, ramai yang lokek ilmu. Saya amat terharu bila ditulis sebagai resepi ini yang berjaya membawa dia melancung ke merata tempat di dalam dan luar negara. Terima kasih anymz kerana perkongsian ini. Semoga rezeki anymz bertambah tambah dan ganjaran pahala yang melimpah juga. Ameen.
Saya juga mengumpul petua petua dan tips bagi menghasilkan tart yang gebu dari beberapa blog bagi rujukan pembaca semua, terutama mereka yang baru belajar untuk membuat tart gulung. Hahaha seperti saya sendiri lah.
Saya sengaja membuat Tart Nenas ni sekarang sebab kalau dah puasa, dah tak boleh nak makan semasa panas panas. Lagipun, saya tak mahu membuat apa apa biskut raya pun tahun ni. Tahun ni hari raya kami tak akan semeriah tahun sebelum nya kerana tak cukup quorum sebab Nana akan berhari raya di London. OK lah jom layan resepi dan tips seperti di bawah ya...
Izah Muffin Lover: Tart Nenas (kak Nor)
Bahan pastri: 4 oz butter - 115 gram 4 oz minyak sapi -115 gram 1 biji telur gred B 1 lb tepung gandum - 450 gram (saya guna 408 gram) Sedikit garam Air sejuk Cara cara: Pecahkan telur di dalam bekas adunan, masukkan butter dan minyak sapi.
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Guna acuan dan tekan adunan. Terbalikkan bahagian berjalur di bahagian bawah. Masukkan inti tart yang telah dibulat bulatkan dihujung doh, kemudian gulung perlahan menggunakan hujung jari. Potong lebihan doh.
Resepi Tart Nenas Gulung Resepi Lengkap Hari Raya
Sapu permukaan tart dengan kuning telur. Untuk memudahkan sapu kuning telur, boleh simpan doh yang telah siap dalam peti sejuk untuk beberapa minit atau sehingga keras sedikit, baru disapu kuning telur.
Untuk Inti, boleh gunakan seperti biasa samada yang buat sendiri atau yang segera yang sedia ada di kedai kedai jualan bakeri. Inti Tart

Kacau nenas dan gula. Bila hampir kering masukkan pewarna kuning. Kacau hingga kering dgn api yang perlahan. Bentukkan inti memanjang untuk diletakkan di dalam pastri.
Periuktanah: Tart Nenas... Edisi Ketinggalan Keretapi
Doh tat ni memang lembut. Tidak menggunakan air sejuk, kecuali andai adunan menjadi keras di sebabkan angin dan sebagainya. Oleh itu, jangan mengadun doh di bawah kipas angin. Untuk mengelakkan doh mengeras ketika proses memicit, tutup bekas doh dengan tuala atau cling wrap.
Doh jangan terlampau lembik dan jangan pula terlebih tepung. Setelah digaul dengan sedikit tepung, cuba masukkan ke dalam acuan dan cuba picit. Jika sukar dipicit, ertinya doh dah terlebih keras.
Untuk mengurangkan doh menggulung dan pecah, picit atas baking paper dahulu dengan bahagian rata memandang ke bawah. Lepas itu terlangkupkan supaya bahagian berjalur memandang ke bawah. Kurang sikit pecah pecah.
Resepi Biskut Swiss Tart Strawberi Best Guna Acuan Mudah
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.