bakar ikan dalam air fryer

bakar ikan dalam air fryer

Ingat nak buat la entri untuk review air fryer ni dengan berderet dengan gambar masakan dengan siap suhu berapa dan masa pun berapa. Tapi macam tak jadi pulak. Kalau buat satu - satu macam entri ini ok tak hihi.. Sebab dah ada label baru untuk resepi air fryer hii.

Rasa dah 2 bulan kot guna air fryer ni, masih bereksperimen dengan air fryer ni. eksperimen tak habis hii. Tapi, memang sungguh air fryer amat membantu kat dapur, memang gajet yang wajib ada di dapur korang, jujur cakap tak semua goreng guna air fryer. Jangan cakap hasil guna air fryer ni macam goreng deep fry ya. Tak sama awak ya. Bergantung kepada bahan yang dimasak juga.

MyDalam Air Fryer />

Contoh ayam yes guna air fryer, kalau ikan kecik -kecik macam ikan kembung ke, ikan selar ke bagi Wani sendiri la tak berapa sesuai, lain orang lain citarasa. Sebab kalau yang dah biasa makan ikan goreng deep fried yang garing, memang tak sesuai la guna air fryer ni. Kalau yang suka jenis ikan bakar cicah pulak dengan air asam ke, sambal belacan ke, boleh lah nak bakar guna air fryer cepat masak dan tanpa minyak.

Resepi Ikan Talapia Bakar Pes Tomyam, Bakar Guna Air Fryer Memudahkan Kerja...

Terutamanya bab nak goreng ayam, sungguh mudah. Dah tak perlu guna minyak. Ayam sendiri yang keluar minyak. Tak boleh nak bayang goreng dengan air fryer pun nampak minyak sangat dah. Yang kita guna minyak lagi berganda - ganda minyak dalam tu. Patutlah macam membazir minyak kan.

Panjang berjela pulak muqaddimah, :D. Sebenarnya nak tunjuk cara macam mana nak bakar ikan cencaru sumbat guna air fryer ni. dah banyak kali jugak la testing. Kalau ikan cencaru bagi Wani masuk tekak pulak makan, sebab ikan cencaru ni isinya keras. Ia tak macam ikan yang kecik - kecik.Tapi ada tips - tips nak bakar dalam air fryer ni.

1. Pastikan ikan cencaru yang sederhana besar, bergantung kepada muatan basket air fryer, sebab ada yang muatan basket yang agak besar, boleh lah letak banyak.

-

Ikan Keli Goreng Air Fryer

3. Semasa nak letak dalam basket air fryer, pastikan letak dalam keadaan menegak macam dalam gambar, bukan secara baring, sebab nak bagi ruang lebih banyak kalau letak macam ini. Untuk air fryer ini, habis muat boleh letak 3 ekor. Lagi satu bila letak macam ini, haba bergerak sekata. Hati - hati semasa nak letak atau betulkan kedudukan ikan, sebab ikan cencaru ni kulit nya keras dan ada duri yang tajam di ekor tu kan. Takut tercalar basket. Kalau rasa tak muat lembutkan sikit bahagian ekor ikan cencaru dan letak dengan berhati - hati.

5. Kalau nak alas basket dengan daun pisang pun boleh, tak alas pun boleh juga. Biasa buat kadang- kadang alas, kadang - kadang tak.

CARA

6. Untuk air fryer Haier, suhu 180 C dan masa dalam 20 minit. Dalam tempoh 20 minit, separuh masa pertama, tarik basket keluar dan betulkan kedudukan ikan, takut ada yang terlekat sesama dia, betulkan sikit biar haba lagi masuk nak bagi ikan lagi garing. Tolak masuk balik basket dan sambung bakar sampai habis timing.

Resepi Ikan Pari Bakar Air Fryer Off 77%

7. Selepas bunyi ting masa dah tamat, boleh lah tarik basket dan alihkan atas pinggan. Siap sedia untuk dihidangkan. Jom tonton, video di bawah.

Resipi

7. Selepas bunyi ting masa dah tamat, boleh lah tarik basket dan alihkan atas pinggan. Siap sedia untuk dihidangkan. Jom tonton, video di bawah.

Resipi

LihatTutupKomentar