E-Wallet atau e-Dompet dalam bahasa Malaysia merupakan suatu perkhidmatan pembayaran tanpa tunai yang dibayar hanya menggunakan secara online dengan menggunakan sistem bar code. Setiap kali ingin membuat pembayaran, anda cari bar code akaun tersebut, scan menggunakan telefon pintar dan secara automatik pembayaran berjaya.
Inilah sistem yang sedang giat membangun di Malaysia khususnya bagi mengurangkan transaksi secara tunai. Zaman serba canggih sekarang, dengan setiap orang pasti ada telefon pintar dipoket, perkhidmatan e-wallet boleh digunakan oleh mereka. Sehingga Kerajaan dah umumkan peruntukan dalam Belanjawan 2020 baru berkaitan e-wallet ini.
Justeru itu, banyaklah syarikah berlumba-lumba mewujudkan e-wallet mereka itu sendiri. Sebagai contoh antara e-wallet yang ada di Malaysia seperti Maybank Pay, WeChat Pay, Boost, Touch 'N Go, BigPay, Fave Pay, AliPay, Grab Pay dan banyak lagi.
Cara Beli Kad Prabayar Visa Baharu Tng Ewallet Melalui Aplikasi Touch 'n Go Ewallet
Dengan lambakan e-wallet yang ada ini, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Tetapi timbul juga masalah, iaitu mana antara premis yang banyak disediakan perkhidmatan bayaran daripada e-wallet ni? Berbeza dengan China sebagai contoh, disana kuasa besar e-wallet ini hanya ada pada AliPay dan juga WeChat Pay. Sehingga kedai tepi jalan pun sedia terima pembayaran WeChat Pay.
Jadi melalui kajian daripada iPrice Group dan App Annie, mereka senaraikan top 5 e-wallet yang banyak digunakan di Malaysia bermula tahun 2017 hingga 2019. Mereka mengeluarkan data seperti dibawah dengan membuat perbandingan pengguna aktif setiap bulan dan juga e-wallet yang paling banyak dimuat turun bagi Android dan iOS
Menurut infografik yang ditunjukkan antara e-wallet yang tersenarai adalah Boost, Touch 'N Go, Fave, Razer Pay, AliPay, BigPay, Grab Pay, dan Maybank Pay.
Ini Cara Mohon 'refund' Untuk Kad Tng Dan Mykad
Menerusi data itu juga, boleh disimpulkan Grab Pay menduduki tangga pertama aplikasi e-wallet yang banyak dimuat-turun dan digunkan setiap bulan diikuti Touch 'N Go ditempat kedua, manakala Boost, Fave dan BigPay masing-masing di tempat ke 3, 4 dan 5.
Sebenarnya Grab Pay mempunyai kelebihan yang lebih berbanding e-wallet lain iaitu dalam aplikasi Grab itu sendiri terkandung bermacam-macam ciri seperti Grab Car, Grab Food dan sebagainya. Mungkin ini memberi kesan kepada ramainya pengguna yang muat turun. Malaysia ni, Grab Car je banyak dan aktif.
Sejujurnya, aku hanya menggunakan 3 sahaja e-wallet setakat ini iaitu Boost, Touch 'N Go dan BigPay. Aku tak gunakan Grab Pay tapi guna perkhidmatan Grab Car.
Cara Tebus Dan Guna Kredit Epemula Touch N Go Ewallet Rm150
Untuk Boost pada awalnya aku gunakan untuk pembayaran parking DBKL kerana ada diskaun, Touch 'N Go aku gunakan bila beli tiket wayang dan juga beli jika ada promosi seperti Tealive, KFC dan sebagainya. BigPay paling aku kerap guna lagi-lagi bila perbelanjaan lebih RM20 sebab dapat point BIG AirAsia. Boleh terbang free nanti. Guna biasa isi minyak petrol.
Masing-masing mempunyai kelebihan, pandai-pandai gunalah kan. Jadi antara top 5 e-wallet yang ada ni, korang guna yang mana? atau ada senarai lain? Kongsikan diruangan komen.
Seorang yang kadang malas menulis tetapi rajin berkongsi. Tulis dimana-mana dahulu, dah sampai rumah, baru buka laptop dan buat post. twitter bloggeSeperti yang kita sedia maklum, bermula 31 Julai 2020 yang lepas wang bantuan kredit RM50 telah pun boleh mula ditebus dan dimasukkan dalam e-wallet yang disahkan oleh Pihak Kementerian Kewangan.
Touch N Go Nfc Card (cara Beli Kad Tng Nfc & Tempat Jual)
Tiga (3) e-wallet yang disahkan ialah daripada Touch n Go, GrabPay dan juga Boost. Namun begitu, setelah diumumkan perihal ini, ketiga-tiga e-wallet ini berpusu-pusu mengajak orang ramai untuk tebus RM50 ini melalui aplikasi mereka.
Insentif ini adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Jangka Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diberikan bantuan bernilai RM50 berbentuk kredit e-dompet.
Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong berkata mereka yang menebus insentif kredit itu di platform berkenaan berpeluang menikmati ganjaran tambahan dengan nilai lebih RM300 apabila ia ditawarkan rakan niaga kepada Touch n Go.
Cara Set Auto Reload Touch 'n Go (tng) Ewallet Guna Kredit / Debit Kad
Antara rakan niaga ini terdiri daripada pelbagai jenama besar, industri kecil dan industri sederhana serta perusahaan mikro dalam industry makanan dan minuman, sektor runcit, bahan makanan, fesyen, hiburan dan teknologi maklumat.
Tambahan beliau lagi, Kami gembira dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan skali lagi bagi melaksanakan e-Penjana dan berikhtiar mewujudkan ekosistem yang berfungsi secara baik kepada rakyat.
Setakat ini, leboh 11 juta pengguna dan 220, 000 rakan niaga di platform berkenaan dan penebusan boleh dilakukan dan diguna pakai untuk pelbagai transaksi sepanjang tempoh sah ia boleh digunakan.
Senarai Barang Keperluan, Makanan Yang Boleh Anda Beli Guna Touch 'n Go Ewallet
Kepada yang tak tahu macam mana nak gunakan e-wallet ni. Saya ada kongsikan step by step yang mudah nak guna wang Kredit e-Penjana ni. > > Step by Step Cara Guna e-Wallet TnG
Melalui e-wallet, kita boleh tambah nilai sekiranya kad touch n go kita kekurangan baki. Tetapi ternyata sebenarnya ada banyak kegunaan selain daripada touch n go sahaja. Namun, banyak lagi kegunaan lain e-wallet ini.
Pada entry ini, kita fokuskan pada penggunaan e-wallet Touch n Go sahaja ye. Tidak pada Boost atau GrabPay. InsyaAlah di next entri.
Jenis E Wallet Yang Ada Di Malaysia
Melalui Touch N Go, terdapat 220, 000 outlet atau tempat yang boleh diguna pakai dalam menerima pembayaran melalui aplikasi Pay di e-wallet Touch n Go.
Selain itu, kita berpeluang untuk dapat 9GB bonus internet sekiranya reload Digi prepaid. Ish memang banyak yang boleh kita dapat sekiranya kita lihat satu per satu tawaran yang diberikan kepada kita.
Selain daripada berbelanja dalam bentuk offline, kita boleh juga buat belian menerusi atas talian atau online. Contohnya melalui laman jualan Lazada dan Shopee.
Kini Lebih Mudah! Cara Order Tealive Menggunakan Touch 'n Go Ewallet
Jadi, boleh lah selepas ini berbelanja dengan senang hati menggunakan e-wallet ni. Sebab semakin berbelanja, semakin banyak kelebihan cashback dan kelebihan-kelebihan lain yang kita boleh dapat.
Semoga dengan perkongsian Tebus e-Wallet RM50 tapi boleh jimat sehingga RM300? Ini cara yang ramai tak tahu ini dapat membantu kita yang tak tahu nak gunakan wang bantuan kredit ini ke mana. Bolehlah berbelanja di senarai kedai di atas yang saya kongsikan tadi.
Cara tebus e-wallet touch n goe-wallet tnge-wallet touch n goe-wallet touch n go gunaewallet tngkelebihan aplikasi touch n gokelebihan e-wallet touch n gokelebihan touch n go digital