beli kereta guna personal loan

beli kereta guna personal loan

Orang kata kereta ni adalah keperluan dah sekarang ni. Siapa dah habis belajar, dapat kerja je kena terus beli kereta. Betul ke? Ya memang kereta ni memudahkan urusan korang ke tempat kerja, tapi kena ingat, musim ekonomi tak tentu sekarang ni, apa-apa boleh terjadi silap-silap kerja kita pun hilang. Lepastu kalau dah beli kereta baru ni pinjaman dengan bank bukan sekejap, paling-paling 7 atau 9 tahun tau! Jadi apa perlu buat kalau betul-betul nak beli kereta? Macam mana nak kumpul duit?

Ada macam-macam cara yang korang boleh buat untuk kumpul duit kalau nak beli kereta. Tapi benda yang wajib ialah korang kena ada pendapatan tak kiralah bekerja dengan orang lain atau bekerja sendiri dan pilih kereta yang sesuai dengan kemampuan masing-masing.

Kereta.png?strip=all alt=Cara Beli Kereta Dengan Bayaran Bulanan Rendah & Pendekkan Loan Jadi 5 Tahun Je! - Beli Kereta Guna Personal Loan />

Untuk tips ini, contoh yang kita akan gunakan ialah kereta paling murah dan jimat minyak di Malaysia iaitu Perodua Axia. Harga sebuah Perodua Axia bermula pada RM 23, 367 seperti yang tertera di laman web Perodua.

Beli Kereta Tak Salah, Tapi Jangan Beli Kereta Yang Salah.

Setelah memilih kereta yang sesuai, ini tips yang korang kena ikut untuk kumpul duit beli kereta ni dalam tempoh tiga tahun tanpa perlu berhutang dengan bank bagi duit muka.

Korang kena latih diri untuk berdisiplin dan sabar apabila melibatkan hal dalam kumpul duit ni. Untuk kereta Perodua Axia yang berharga RM 23, 367, bayaran bulannya ialah sekitar RM 285 untuk tempoh pinjaman 9 tahun. Jadi untuk tahun pertama, cuba untuk latih diri menyimpan sebanyak dua kali ganda jumlah tersebut, RM 570. Simpanan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

Dalam masa 12 bulan korang akan ada RM 6840. Ingat, selain dari latihan untuk mendisiplinkan diri, ini juga untuk menguji kita sama ada mampu untuk beli kereta atau tidak? Jika peringkat ini masih belum lepas, tambah dahulu pendapatan bulanan sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta. Bila korang dah ada RM 6840 ini, korang ada dua pilihan:

Membeli Kereta Baru

Terus beli kereta dengan membuat pinjaman dengan bank terutamanya jika korang perlu menggunakan kereta secara ‘urgent ’. Peraturan asas kewangan bila nak beli kereta ialah sebaik-baiknya kena ada 20% duit pendahuluan. Jadi jom kita buat sedikit kiraan:

Sekarang korang dah ada lebih dari 20% duit pendahuluan. Kebaikan menyediakan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 20% wang pendahuluan kereta ini ialah selain dari lebih mudah untuk lulus pinjaman bank, bayaran bulanan juga akan lebih rendah. Rujuk ‘screenshot’ dari kalkulator pinjaman di laman web Perodua.

Beli

Kalau korang buat pinjaman penuh, jumlah bayaran bulanan ialah RM 285, tapi jika korang sediakan wang pendahuluan RM 6840 terlebih dahulu, sebulan korang cuma perlu bayar RM 201. Komitmen bulanan korang pun akan lebih rendah dan teruskan membayar pinjaman kereta tersebut setiap bulan sehingga selesai 9 tahun.

Syarat Lulus Loan Kereta

Pilihan kedua yang korang ada ialah dengan menggunakan teknik hibrid pinjaman kereta dan pembiayaan ASB. Menggunakan teknik ini, korang boleh lunaskan pembayaran kereta ni dalam masa 5 tahun berbanding 9 tahun. Macam mana nak buat? Jom kita tengok.

Sudah difahamkan tadi setiap bulan kita wajib menyimpan sekurang-kurangnya RM 570 sebulan. Setelah setahun korang berlatih menyimpan, di sini plan sebenar korang bermula. Sebelum membuat pinjaman kereta, mohon dulu pembiayaan ASB di bank. Dengan kemampuan menyimpan RM 570 sebulan, korang boleh mohon pembiayaan sehingga RM 125, 000 untuk tempoh 30 tahun, iaitu RM 580 sebulan, korang cuma perlu top-up RM 10 lagi sebulan. Boleh rujuk jadual pembayaran dari Bank Islam di bawah sebagai contoh.

-

Tahun pertama, guna duit yang korang simpan tadi sebanyak RM 6840 tadi untuk membayar pinjaman ASB ini. Selepas setahun dividen diumumkan, andai dividen tersebut 5%, korang akan dapat RM 6250 hasil dividen tersebut.

Panduan & Cara Untuk Membeli Kereta

Kemudian korang pohon pinjaman kereta secara penuh untuk beli kereta Perodua Axia tadi. Tahun pertama bayaran bulanan kereta, RM 285 x 12 = RM 3420, bayar guna dividen ASB tadi. Lebihan Rm 2830 biarkan di dalam akaun ASB. Bayar pembiayaan ASB sebanyak RM 570 sebulan seperti biasa. Ulang benda ini sampai selesai tahun kelima pinjaman kereta dan pinjaman kereta tersebut akan lunas. Bagaimana? Lihat kiraan di bawah.

Setelah selesai tahun ke-5, tamatkan pembiayaan ASB korang dan pulangan yang korang akan peroleh ialah jumlah dividen terkumpul dan prinsipal pinjaman yang korang dah bayar. Nak tahu berapa prinsipal pinjaman yang korang dah bayar?

DISKAUN│REBATE

Korang tengok ‘ammortization schedule’ tersebut, baki pinjaman pada tahun ke-5 ialah RM 124, 056.08. Prinsipal yang korang akan dapat balik ialah RM 125000 – 124, 056.08 = RM 943.92. Jumlah pulangan yang korang akan dapat dari pembiayaan ASB pada tahun ke-5-pula ialah RM 22095.09 + RM 943.92 = RM 23039.01

Lelaki Ini Menyesal Beli Kereta Mahal Sampai Pinjaman 7 Tahun

Sekarang mari kita lihat pinjaman kereta pula yang dah dibayar selama 5 tahun sebanyak RM 285 setiap bulan. Di bawah ialah ‘ammortization schedule’ pinjaman tersebut. 

Baki pinjaman pada tahun ke-5 ialah sebanyak RM 13, 656.71. Hasil pulangan dari pembiayaan ASB yang korang dapat tadi pula RM 23039.01. Gunakan duit tersebut untuk bayar baki pinjaman kereta dan hutang kereta korang dengan pihak bank lunas dalam masa 5 tahun berbanding 9 tahun. Malah duit korang ada baki lagi sebanyak RM 9382.30.

-

Ini adalah cetusan idea sahaja, boleh dilaraskan ikut kesesuaian masing-masing. Perlu diulang lagi, elemen paling penting untuk korang pastikan tips ini berjaya dilakukan ialah diri sendiri kena disiplin dan bersabar, buah kemenangan pasti akan dirasai hujungnya. Kalau nak buat pinjaman tapi gaji rendah pulak macam mana? Baca SINI

Buat Pembiayaan Semula Untuk Settlekan Pinjaman Lagi Awal. Onz Tak Onz?

LihatTutupKomentar