cara bakar biskut dalam oven

cara bakar biskut dalam oven

Cara buat Biskut Famos Amos guna Convection Oven Musim PKP By Syafiera Yamin At 5/15/2020 01:50:00 PTG 2 Share on Facebook Share on Twitter

Musim PKP (perintah kawalan pergerakan) gara-gara ketakutan melanda akibat Covid-19 telah mencetuskan kemahiran ber'baking' di rumah. Selama I beli Convection Oven panasonic ni I tak seram nak buat cookies mahu pun kek.. tapi setelah melihat rakan-rakan aktif pos resepi masakan, dan biskut ni terus ku tiba-tiba rasa nak cuba, sangat HAMPA bila part nak bakar tu sebab rata-rata ramai yang tak guna convection, tapi splitting punya ( oven is oven ) ( microwave is microwave) macam Convection dedua boleh buat dari defroest, auto reheat, and grill.. baking pun boleh cuma i tak pernah cuba. Sekali PKP terus tiba-tiba memberanikan diri untuk cuba haha. Tak sangka ya impressive juga la.

-Bakar Biskut Dalam Oven />

Resepi famos amos ni I ambil dekat siraplimau, siraplimau pula ambil resepi perkongsiaan dari Group Masak apa hari ni dari Nurul Shafira, huuu nama dia pun macam nama I pulak dah.. apa pun thanks sis sebab bagi ilmu nak buat cookies famos amos ni, mohon halal ya I pun praktik resepi sis tu..

Petua Bakar Kek Atau Biskut Tanpa Oven

Gaul semua bahan dalam bekas berasingan, lepas tu masukkan Bahan B ke dalam Bahan A. Kemudian gaul rata semua bahan.. akhir sekali baru masukkan cip coklat..

Lepas dah setengah jam adunan dalam peti ais, barulah I keluarkan dan letak dalam loyang saiz convection oven I tu. Cara susunan adunan kena jarak-jarak sebab nanti biskut tu mengembang tau.

Cara nak guna oven ni agak tricky - rupanya butang convection tekan berkali-kali untuk adjust suhu dan set timer. Macam I panaskan dulu convection oven ni 10 minit mengikut suhu yang perlu ( contoh cookies ni 150 ° , baru masukkan adunan tu. I bakar dengan 2 suhu yang berbeza, hasilnya boleh tengok kat bawah :

Resepi Bakar Biskut Kurma Baby Sedap Mencair Dalam Mulut

Kedua-dua suhu I suka hasilnya cuma I rasa gula perang rendah glisemik tu kena kurangkan juga sebab cookies I terasa manis. :( nasib baik jiran cakap sedap tau..Ramai yang suka buat kek dan biskut tapi sering kali juga dengan keluhan tak menjadi didengar. ‘Saya dan ikut resipi sebijik-sebijik tapi kek mendap, kenapa ya’ ini antara keluhannya.

Di dalam proses membuat kek, biskut, pastri dan roti, bukan sahaja kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik tetapi oven juga memainkan peranan yang amat penting.

Soalan yang selalu diajukan terutama bagi yang baru belajar memasak adalah ketuhar mana yang sesuai dan adakah kita perlu menyediakan berlainan ketuhar untuk berlainan kek, roti dan pastri?

Resepi Kuih Cara Berlauk Inti Daging Yang Sangat Sedap

Bagi memberi pencerahan tentang perkara ini VK kongsi info tentang ketuhar dan fungsinya yang diambil dari Facebook Jom Belajar Buat Kek. Semoga bermanfaat untuk anda yang suka memasak.

Ketuhar jenis ini memang cukup sesuai untuk semua jenis pembakaran. Ia boleh membakar roti, kek, pastri dan biskut. Bergantung kepada jenama yang anda beli, ada sesetengah ketuhar jenis begini, kepanasannya tidak begitu rata jika anda membakar dua atau dua tingkat (2 tier baking).

Kalau anda membakar biskut cara begini, anda harus rajin memusing dan menukar loyang kuih anda supaya mendapat kepanasan yang lebih rata (rotate the trays to get even baking results). Tetapi apabila membakar kek, lebih baik jika membakar satu tingkat sahaja.

Wanita

Tips Membakar Kek Di Dalam Oven

Ketuhar yang mempunyai kipas bina dalam selalunya membakar biskut dan pastri dengan cukup baik kerana kipas itu memutar angin panas dengan rata jika kita membakar dua atau tiga tingkat (2 or 3 tier baking). Tetapi apabila digunakan untuk membakar kek, kipas ini akan mengeringkan kek.

Jadi, jika ada pilihan butang untuk tidak membuka kipasnya atau switch off (tutup kipas) apabila membuat kek, itu adalah pilihan lebih baik (sesetengah oven ada butang kipas).

Contohnya, jika kek itu memerlukan masa 45 minit untuk membakarnya dalam ketuhar biasa, kurangkan masanya dalam 5 minit lebih awal jika menggunakan ketuhar yang berkipas ini supaya kek tidak terlalu kering.

Resepi Biskut Viral Tanpa Oven • Resepi Bonda

Ketuhar jenis ini adalah seperti ketuhar 2 IN 1 iaitu boleh digunakan untuk fungsi microwave dan juga untuk membakar biskut, brownie atau kek-kek cawan.

Ketuhar begini sesuai bagi mereka yang jarang membuat kek yang besar. Jika kita membakar kek yang agak besar, ada kalanya bahagian tengah kek tidak masak dengan betul.

Oven

Selalunya, kita lebih menggunakan fungsi microwave sahaja. Jadi bagi mereka yang suka membakar roti, pastri dan kek-kek perayaan, jenis ketuhar sebegini mungkin kurang sesuai dan kek-kek yang dibakar dalam ketuhar microwave sebegini selalunya kelihatan agak pucat dan padat.

Tips Bakar Biskut Florentine Yang 'perfect', Sedap Dan Rangup

Sebenarnya inilah yang ramai tidak tahu. Jom semak fungsinya supaya boleh menggunakannya dengan betul. Kebanyakan ketuhar bina dalam (built in oven) mempunyai fungsi yang agak sama iaitu :

Ini cukup sesuai untuk membakar semua jenis kek, biskut pastri dan roti. Jika membakar kek yang agak besar, letakkan kek itu di rak agak bawah sedikit tetapi jika membakar roti dan pastri, lebih sesuai jika kita meletakkannya di rak tengah sahaja.

Ramai yang keliru apabila melihat fungsi ini. Mereka sangka top heat sesuai untuk membakar kek lapis! Sebenarnya top heat lebih sesuai digunakan apabila membakar cheese cake. Jika digunakan untuk membakar kek lapis, ia akan menjadi terlalu kering dan ada kalanya garing.

Oven Rosak, Jangan Risau Bakar Biskut Raya Guna Kuali Saja, Molek Kejadiannya!

Fungsi Bottom Heat ini cukup sesuai jika ingin menggaringkan roti yang berinti seperti pizza. Adakalanya, inti pizza itu sudah masak tetapi bahagian bawah rotinya pula masih kurang garing atau lembap. Di sinilah kita menggunakan fungsi bottom heat ini untuk memasakkan roti itu tanpa mengeringkan dan memasakkan inti pizza yang diatasnya itu.

Tiada

Inilah fungsi utama apabila kita membakar kek lapis. Dengan menggunakan grill, setiap lapisan kek lapis pasti menjadi dengan cantik dan tidak kering. Api grill ini juga cukup sesuai jika ingin mengaringkan hanya bahagian atas ayam atau daging untuk sekejap sahaja.

Tidak kesemua ketuhar ada fungsi ini. Fungsi ini cukup sesuai jika ingin membakar sesetengah jenis roti seperti roti perancis. Ia akan menggaringkan dan meranggupkan permukaan roti itu.

Tiada Oven Tapi Teringin Nak Baking, Guna Je Periuk. Hasilnya Pun Sama!

Pastikan anda tahu jenis suhu ketuhar anda untuk jenis masakan yang anda lakukan agar ianya tidak menghasilkan rasa hangit atau hangus pada kuih semasa proses pembakaran dilakukan. Setiap saiz ketuhar itu mempunyai suhu kepanasan yang berbeza. Dapatkan nasihat daripada pakar penjual sebelum membuat belian terlebih dahulu.

Biasa dalam peti sejuk di rumah mesti ada terselit di bahagian rak baki limau nipis atau limau purut yang kecut dan kering. Guna sehiris...

LihatTutupKomentar