Sejak akhir akhir ini saya banyak kali membeli beli tiket wayang guna apps yang saya muat turun (install) pada smartphone. Biasanya hanya panggung wayang iaitu cinema yang bernama GSC dan juga TGV yang popular di kawasan tempat tinggal saya. Oleh kerana saya selalu pergi menonton wayang di pasaraya yang mempunyai cinema dari GSC, maka aplikasi iaitu apps dari GSC lah yang saya pasang di smartphone ini. Oleh kerana itu saya akan kongsikan dengan anda akan cara dan bagaimana saya membeli tiket wayang secara online menggunakan smartphone. Jelas?
Sebelum ini saya ada berkongsikan cara beli tiket wayang online menggunakan komputer. Kalau kita gunakan komputer, biasanya kita akan membuat pembelian melaui website betul? Dalam kes ini, ini bermaksud saya membeli tiket wayang cinema GSC ini melalui laman website GSC sendiri. Tetapi kalau anda mempunyai smartphone, ada sambungan internet dan juga akaun online internet seperti Maybank2u dan juga CIMBClicks, apakah anda perlu membeli tiket movie melalui website di telefon anda juga? Sudah tentu ianya sedikit sukar.
Online Superstar Cinema - Cara Nak Beli Tiket Wayang Online />
Di sinilah perlunya aplikasi. Anda hanya perlu pasang (install) aplikasi yang bernama GSC Cinemas pada handphone anda. Selepas itu klik dan mulakan carian dan seterusnya membuat pembelian tiket terus melalui internet. Bukankah itu memudahkan anda. Saya sendiri sudah beberapa kali beli tiket wayang guna apps pada smartphone saya sendiri. Malah yang lebih seronok, saya suka snapshoot gambar QR CODE yang dipaparkan untuk saya masuk ke pawagam dengan lebih cepat dan mudah.
Cara Beli Tiket Wayang Mbo Tgv Gsc Cinema Online
Apabila anda sudah membuat pembelian tiket wayang. Anda akan dipaparkan dengan slip pembelian anda. Dan di dalam slip resit pembelian tiket wayang online itu ada dipaparkan dengan “QR Kod” seperti gambar di atas ini. Ketika anda mahu tonton wayang, tidak perlu untuk anda pergi ke kaunter tiket untuk print tiket wayang anda. Anda hanya perlu pergi ke palang untuk masuk cinema dan paparkan sahaja kod tersebut. Mesin akan scan dan palang akan dibuka dan anda boleh masuk. Mudah bukan.
Baiklah, di atas ini saya kongsikan dengan anda akan step cara beli tiket wayang guna apps yang anda pasang pada telefon pintar anda. Kalau anda masih kurang jelas tonton sahaja video di atas ini. Sekali diingatkan yang panduan dan rujukan ini adalah untuk anda yang mahu beli tiket wayang guna apps GSC Cinemas dengan mudah. Saya sendiri sudah gunakannya berulang kali. Sekarang sudah sangat jarang membeli tiket wayang di kaunter dan juga melalui web browser. Semuanya boleh dilakukan melalui smartphone sahaja. Selamat mencuba.
Beli tiket wayang guna apps beli tiket wayang guna apps android beli tiket wayang guna apps GSC beli tiket wayang guna apps iOS beli tiket wayang guna apps online cara beli tiket wayang guna apps panduan beli tiket wayang guna apps
Tiket Wayang, Panggung Gsc Tgv Cinema Showtime Malaysia
Blog Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di moham29577@yahoo.com. SekianPanggung wayang GSC adalah salah satu cinema paling besar di Malaysia. Sebab itulah kalau anda ke mana mana pasaraya, anda akan dapati cinema GSC akan berada di mana mana. Secara kebiasaan, masih ramai lagi orang yang membeli tiket wayang di kaunter sehingga kini. Dan saya adalah salah seorang yang sudah lama membeli tiket wayang secara online. Tidak kisah lah beli menggunakan website GSC atau melalui aplikasi GSC di smartphone. Cumanya saya berasa lebih selesa dan cepat jika boleh beli tiket wayang online guna apps di smartphone. Anda bagaimana?
Ketika artikel ini ditulis, filem Mat Kilau adalah salah satu filem dari Malaysia yang sedang trend dan berjaya mendapat jumlah kutipan tertinggi bagi tahun ini. Tidak hairanlah kalau tiba tiba blog ini menerima kemasukkan trafik agak tinggi disebabkan pencarian berkenaan cara untuk membeli tiket wayang secara online terutamanya bagi panggung wayang GSC. Dari sini dapatlah saya simpulkan yang masih ramai yang kurang tahu cara untuk membeli tiket wayang secara atas talian. Tidak mengapa. Saya akan kongsikan dengan anda sebentar sahaja lagi.
Sebelum saya berkongsi, mungkin ada yang tidak tahu yang kini anda boleh masuk ke pawagam dengan mudah kalau anda beli tiket secara online. Pada tiket online akan terdapat kod qr code. Anda hanya perlu buka tiket online anda dan biarkan autogate untuk scan qr code GSC pada paparan di skrin smartphone anda. Sistem autogate akan membuka palang dan anda boleh lalu di laluan tersebut untuk ke bilik panggung wayang anda. Mudah dan cepat sebenarnya. Rasanya tiket wayang yang dibeli dari kaunter masih belum ada kod qe code ini.
Kids Family Friendly Wayang
Info terkini. Saya tidak pasti bagaimana dengan tempat lain. GSC kini sudah tidak lagi menjual tiket wayang mereka melalui kaunter seperti kebiasaan. Kepada anda yang tidak tahu cara untuk membeli tiket pawagam secara online, anda boleh membeli tiket melalui kiosk yang disediakan di venue pawagam. Cuma biasalah, bagi anda yang pertama kali akan berasa kekok untuk menggunakan kiosk GSC dan lambat juga untuk selesaikan proses tersebut. Anda juga wajib perlu ada akaun online online banking ketika mahu membuat pembayaran. Mahu tidak mahu, proses tersebut melibatkan online juga.
Kepada anda yang masih keliru, tidak tahu atau tidak faham bagaimana hendak membeli tiket wayang online GSC guna aplikasi mobile GSC atau melalui website, sila tonton video di atas ini. Rasanya ini lebih memudahkan untuk anda ikut secara langkah demi langkah. Sebenarnya step tersebut tidaklah sesusah mana. Kalau anda berjaya membeli tiket GSC ini secara online, saya pasti anda akan berasa lebih mudah selepas ini. Di harap perkongsian saya ini sedikit sebanyak membantu anda ya. BYE!!!.
Blog Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di moham29577@yahoo.com. SekianBiasanya kalau kita hendak tonton filem di panggung wayang pasti akan pergi ke pawagam seperti GSC, TGV atau MBO. Kalau di tempat saya, hanya ada dua pawagam sahaja iaitu GSC dan juga TGV. Boleh dikatakan kedua dua tempat saya selalu pergi. Dan sebelum ini saya pernah menulis dan berkongsikan artikel tentang cara membeli tiket wayang gsc. Dan pada kali ini saya ingin berkongsikan artikel tentang cara membeli tiket wayang TGV pula. Berminat? Cuma pada kali ini ada kelainan sedikit iaitu cara cara membeli tiket wayang tgv secara online melalui aplikasi (apps) TGV sendiri.
Pertama Kali Menonton Filem Di Panggung Wayang Patuh Syariah (lfs Cinema Kuala Terengganu)
Kenapa mahu beli tiket wayang secara online melalui aplikasi smartphone? Rasanya semua orang di Malaysia zaman sekarang sudah mempunyai handphone dan juga mempunyai sambungan internet. Ya saya tahu masih ramai lagi orang yang membeli tiket wayang melalui kaunter tiket. Cumanya kepada anda yang ingin beralih kepada pembelian tiket wayang guna apps smartphone, jadi anda boleh teruskan bacaan anda di artikel ini. Ianya bakal memudahkan kerja anda malah tidak membuang masa anda ketika di mana anda mempunyai smartphone di tangan dan mempunyai capaian internet. Jelas ya.
Setuju atau tidak, zaman sekarang orang suka melayari internet menggunakan smartphone. Jadi sudah tentulah ianya lebih praktikal dan memudahkan urusan anda jika anda beli tiket wayang TGV secara online melalui smartphone anda berbanding menggunakan komputer atau laptop betul? Dan tahukah anda yang pawagam TGV mempunyai aplikasi apps mereka sendiri yang boleh anda muat turun dan pasang pada smartphone anda. Jadi tidak perlulah anda bersusah payah membuka browser chrome pada smartphone anda.
Sebenarnya cara cara untuk membeli tiket wayang TGV menggunakan aplikasi smartphone mudah sahaja sebenarnya. Hanya perlu ikuti arahan yang diberikan. Rasanya panduan arahan cara membelinya adalah mudah difahami sahaja. Cuma panduan yang saya kongsikan ini adalah kepada anda yang tidak pernah atau baru pertama kali belajar membeli apa apa benda menggunakan apps yang ada pada smartphone anda. Tetapi saya pasti, selepas anda mencubanya sendiri dan berjaya, ianya pasti akan memberikan anda keyakinan untuk tiket wayang TGV secara online selepas ini.
Wanita Ini Ajar Cara Macam Mana Nak Dapat Diskaun Tiket Wayang Dari Rm17 Ke Rm8.50, Serius Berbaloi
Dan kalau anda masih belum jelas cara booking tiket wayang melalui apps TGV cinemas ini, tonton saya video di atas ini. Saya sendiri baru pertama kali mencuba dan menggunakannya. Dan ianya berjaya tanpa apa apa masalah. Dan saya boleh masuk ke pawagam dengan mudah dengan scan tiket wayang sahaja menggunakan smartphone. Sangat mudah. Tidak perlu bersusah payah beratur beli tiket yang belum tentu masih ada kekosongan tempat duduk (seat) selepas ini. Saya harap panduan tiket wayang TGV ini berguna kepada anda sebagai rujukan anda di masa hadapan nanti. Apa apa pun selamat mencuba. Bye.
Aplikasi tiket wayang TGV apps tiket wayang TGV tiket wayang TGV tiket wayang TGV guna smartphone tiket wayang TGV melalui smartphone tiket wayang TGV online
Blog Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di moham29577@yahoo.com. Sekian