Kalau sebelum ni , hampir 3 jam dengan api kecil belum tentu lagi membuatkan daging lembut dan tertanggal dari tulang ketika menghirup sup tulang , sekarang dah tak perlu dah. Kami gunakan pressure cooker philips untuk atasi masalah ini dengan bergaya. Anda boleh guna mana-mana pressure cooker philips atau noxxa dan dalam masa yang singkat sahaja , boleh hasilkan sup tulang siam yang sangat lembut . Kami berikan anda macam mana cara guna pressure cooker philips ini. Khas untuk anda .
Ini resepi sup tulang siam yang sangat lembut dan mengancam menggunakan pressure cooker philips . Kami gunakan 1kg tulang . Sedap hirup puas hati .
Pertama , masukkan tulang ke dalam pressure cooker philips dan masukkan air 1/3 sahaja sekadar untuk ada air . Tutup pressure cooker philips dengan betul dan setkan 30 minit. Biarkan sehingga selesai. Bila dah selesai , keluarkan tekanan dan buka penutup.
Bingkisan Kehidupanku ::: My Pressure Cooker
Kedua , masukkan minyak untuk menumis , masukkan rempah tiga sekawan , bawang putih dan sup bunjut. Tumis sehingga bau harum semerbak . Selepas itu masukkan pula bawang merah yang dimayang halus , bawang besar . Biarkan api kecil dan bawang menjadi lembut. Tambahkan air rebusan sup tulang tadi ke dalam bahan tumis dan masukkan perencah sup siam adabi. Perasakan dengan sedikit garam gula dan serbuk perasa.
Ketiga , dalam pressure cooker philips , tekan function bake untuk terus memasak dengan penutup terbuka , tambahkan semangkuk air dan selepas itu masukkan bahan tumis tadi bersama perencah.
Keempat , rasa dan sesuaikan. Siap . Begitu senang kan menggunakan pressure cooker philips ni . Untuk dihidangkan , tambahkan hirisan cili , daun sup , asam limau dan sedikit bawang goreng. Memang sedap sungguh.
Masak Sup Tulang Guna Periuk Noxxa, 20 Minit Siap Masak!
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@ ya.Kan aku menang hadiah dari PHILIPS masa Philips Ultimate Cook Off hari tuh kat AEON Big Subang Jaya, ermm last week aku bawak balik pressure cooker ni ke rumah mak aku untuk di cuba.
Ini first time, tergagap jugak lah. Browse dalam buku resipi tu aku ternampak resipi sup tulang. Ermm memang lama dah tak makan sup tulang ni coz lately harga tulang melampau-lampau naiknya kan kat KL ni. Suruh mak aku beli 2kg kat Pasar Jasin tu murah sket. Mari aku citer sket bahan-bahan untuk masak sup tulang gerenti sedap ni Bahan-bahan : Tulang daging lembu tak kira berapa kilo yang korang nak masak 5 ulang bawang kecil - ditumbuk setengah labu bawang putih ( kira-kira 5-6 ulas ) - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk 1 sup bunjut ( atau lagi senang, beli sup bunjut yang siap ada rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan sebagainya. Senang! ) Lobak merah di potong panjang Kentang yang di potong ikut suka Garam Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan Cara-cara : Ni kan first time aku guna pressure cooker ni, so kenalah buat some setting sket. Nasib baik ada manual yang banyak membantu, yelah semuanya main tekan-tekan butang je. 1. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi di dalam periuk ni 2. Masukkan rempah ratus yang memacam tuh, bunga lawang, kayu manis, buah pelage dan Bunga cengkih ke dalam periuk ni. 3. Masukkan tulang 4. Masukkan air mengikut kesesuaian, jangan lebih dan jangan kurang ek. 5. Masukkan lobak merah dan kentang sekali 6. Barulah di kacau rata tau, termasuk rempah yang dimasukkan memula tadi. Tutup periuk 7. Ok pilih button TENDON/BEEF dan tekan butang START. Ni senang sebab tak yah nak setting apa-apa pun. So tunggu lah selama 30 minit, bolehlah masak lauk lain plak. 8. Lepas 30 minit, kita kena alihkan muncung kat atas penutup tuh untuk keluarkan wap-wap. Ade arahan kat penutup tuh. 9. Nampak tak segala mak neka asap keluar, itulah sebab kalau tuang air ikut suka hahahah. yang keluar tu semua lemak-lemak dari tulang tu tadi. boleh nampak cam berminyak kan periuk tuh 10. Ermm sedapnya bila dah masak, harum baunya. Di sebabkan terlalu excited dengan sup tulang ni, so time buka puasa hari tuh aku tak sempat pun nak ambil gambar product endingnya.Mana taknya, time buka tu terus ngap makan sup tulang cicah roti kosong je. Ermm licin seperiuk.. Tapi tak per, semua orang dapat rasa. Nenek aku bukan main sedap lagi sup tulang ni. Of courselah sedap malah senang pulak tu nak sediakan, just campak-campak, tekan butang then masak. Bukan setakat sup je lah, boleh masak ayam, ikan, bubur, daging dan boleh buat kek lagi.. memacam kan lalalalalalalla… Next time nak cuba resipi ini plak la..
Ditulis Oleh Cik Lily Putih Labels: Food , menu hari raya , periuk tekanan , Philips pressure cooker , pressure cooker , product review , RECIPE , Resipi , resipi sup tulang mudah , review Philips product , tips melembutkan tulang at 12:00 PM