Penggunaan ewallet di Malaysia bukanlah satu perkara yang asing. Walaupun ewallet ini baru sahaja wujud pada 2018 di Malaysia, tapi pada 2019 penggunaan ewallet makin meluas dan diterima baik oleh beberapa masyarakat. Ini telah dibuktikan melalui mall dan kedai-kedai rangkaian yang meluas sudah mula mendidik pelanggan untuk gunakan ewallet. Mereka menawarkan pelbagai diskaun dan juga paling popular, cashback.
Mek sendiri di Kelantan hanya beberapa kedai sahaja yang menerima penggunaan ewallet ini. Masih tidak menyeluruh. Bahkan di Kuala Lumpur sendiri tidak semuanya yang menerima penggunaan ewallet namun ianya makin bercambah. Perkongsian kawan mek tempoh hari menyebabkan mek sedar dengan kepentingan penggunaan ewallet ini. Di Sabah sudah ada kedai yang tiada cashier. Pembayaran adalah melalui ewallet (we chat pay).
Kedai Boleh Guna Ewallet />
Baru-baru ini diumumkan mengenai penggunaan internet 5G. Tentunya lebih pantas, lebih efisien daripada penggunaan internet sebelum ini. Jika sebelum ini Youtube pun masih loading, dengan 5G tidak lagi. Nak tengok live daripada smartphone sudah tidak menjadi masalah. Dalam tempoh ‘user test’ ini, satu dua tempat di Malaysia dapat menikmati kelajuan 5G. Untuk mek di Kelantan, tunggu sehingga 2023 (mungkin).
Beli Dan Bayar Tealive Dengan Touch N Go Ewallet
Penggunaan ewallet ini bukanlah diterima sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia. Kita ada pelbagai lapisan masyarakat dengan pelbagai ‘level IQ’. Mek tak cakap yang IQ rendah menolak penggunaan ewallet. Ada juga mereka yang IQ tinggi tapi menolak penggunaan ewallet dengan pelbagai kemungkinan yang mereka fikirkan. Tiada masalah untuk itu kerana diri kita, hak kita dan tiada siapa boleh memaksa kita.
Cuma, jika ianya disambut baik oleh beberapa lapisan masyarakat lain, tentunya lambat laun penggunaan ewallet ini menjadi satu kemestian. Contohnya penggunaan kad ATM. Dahulunya pelanggan masih lagi dibenarkan untuk draw duit mereka melalui kaunter namun semenjak 2017, Bank Negara Malaysia telah ‘task force’ untuk setiap pelanggan mempunyai kad ATM. Daripada situ, pihak bank juga tidak melayan pelanggan untuk draw duit melalui kaunter kecuali dengan satu dua perkara yang dibenarkan.
Ewallet. E = electronic. Wallet = dompet. Dompet elektronik yang mana korang ada dompet, ada duit secara maya. Biasanya ewallet ini digunakan melalui apps pada smartphone korang. Jadi kalau nak membayar, buka ewallet, scan dan bayar. Kiranya penggunaan ewallet ini tidak melibatkan wang fizikal. Korang bawa sahaja smartphone untuk membayar apa-apa yang korang beli. Kalau dulu bawa kad debit atau kredit untuk membeli. Sekarang bawa smartphone yang telah di-install ewallet sahaja.
E Wallet: Pengganti Dompet Fizikal?
Keselamatan adalah major isu, major question yang timbul bila mek tanyakan kepada kawan-kawan tentang ‘komen anda mengenai penggunaan ewallet’. Mereka merasakan seolah tak selamat sebab install apps pada smartphone, kemudian tambah nilai dalam ewallet untuk tujuan pembelian. Kalau hilang phone macam mana? Kalau orang dapat duit dalam ewallet tu macam mana? Yes, mek akui akan tetapi ewallet juga mempunyai safety mereka tersendiri.
Bagi tujuan pembayaran, korang perlu scan barcode. Atau pihak kedai akan scan barcode ewallet korang. Di sini tiada isu kerana setiap transaksi akan dapat dilihat dengan telus melalui senarai transaksi yang kita dah buat. Katakanlah terpotong sebanyak dua kali, korang boleh buat repot dan duit tadi akan dimasukkan kembali ke akaun ewallet korang. Duit korang takkan burn begitu sahaja. Its safe and sound.
Yang menjadi kerisauan adalah bila wujudnya kaedah ‘transfer’ ke ewallet mereka yang lain. Dan ada juga beberapa ewallet yang membenarkan duit dari ewallet dipindahkan semula ke akaun bank masing-masing. To be truth memang sudah wujud scammer melalui ewallet ini. Mereka curi duit melalui ewallet (tapi bukan semua ewallet boleh ditembusi dengan mudah). Korang mempunyai pilihan untuk aktif atau nyahaktif kaedah transfer ini. Jadi, buat pilihan dengan bijak demi keselamatan ewallet korang.
Pelajar Kecewa Bantuan Tunai Epemula Tak Boleh Beli 'online'
Setakat ini yang diamalkan di Malaysia hanya empat ewallet ini. Paling famous adalah Boost, kemudian Touch n Go E Wallet. Biasanya pemilihan ewallet ini berdasarkan penggunaan semasa dan promosi yang dijalankan oleh ewallet masing-masing. Macam mek terberkenan dengan Touch n Go E Wallet kerana banyak fungsiannya yang menarik minat mek dan yang berkaitan dengan mek. So korang boleh try search dulu ewallet mana yang lebih sesuai dengan korang.
Penggunaan ewallet ini tidak menyusahkan / renyih pun. Ianya cukup mudah asalkan korang dapat menerima penggunaan ewallet. Bila korang dah install ewallet, korang perlulah tambah nilai ke ewallet korang. Terdapat beberapa cara untuk topup / tambah nilai iaitu salah satunya pembelian nombor pin di kedai serbaneka 7 Eleven. Tapi untuk lebih mudah, link sahaja kad ATM korang (yang ada baki) kepada ewallet untuk tujuan tambah nilai.
Untuk pembayaran pula, ewallet ada fungsian ‘pay’ yang mana dia akan keluarkan satu barcode untuk di-scan oleh cashier. Ianya mudah sahaja. Lepas dah bayar korang akan dapat satu notifikasi yang pembelian korang telah berjaya dan berapa jumlah potongan yang telah dibuat. Daripada situ korang boleh tengok baki yang korang ada sekarang ni. Bagi mek ianya satu penggunaan yang efisien kerana ianya lebih telus (update pembelian dalam tempoh 2 minit).
Beli Barang Watson Guna Ewallet Touch 'n Go
Banyak lagi yang korang boleh buat dengan ewallet seperti pembayaran bil. Pada kebiasaan mek gunakan untuk tujuan pembayaran bil telefon. Kaedahnya sama sahaja cuma untuk pembayaran bil korang perlu masukkan nombor telefon korang. Kemudian tekan pay. Dan siap. Dalam tempoh 2 minit akan sampai mesej daripada teleko korang menyatakan yang diaorang dah terima pembayaran korang. Mudahkan? Hanya menggunakan ewallet sahaja.
#4 Penggunaan ewallet yang berbeza itu menyusahkan (contoh : sesetengah kedai terima Toucn n Go ewallet sahaja, sesetengah kedai terima GrabPay sahaja).
Mek juga tidak ketinggalan untuk mencuba penggunaan ewallet. Untuk mek, mek install Touch n Go E Wallet setelah melihat Alif Satar buat review pembelian di Bazar Ramadhan pada Ramadhan 1440H. Bila dah install mestilah mek menggunakannya walaupun di Kelantan tidak lah disambut dengan baik lagi penggunaan ewallet ini. Untuk sehingga ke hari ini, mek dah sempat buat pembayaran bil, membeli makanan ringan di stesen minyak, membayar tol dan membeli di KFC. So boleh lah share dengan korang kaedah penggunaan ewallet cara mek.
Cara Membayar Bil Air Dan Electrik Menggunakan Touch N Go E Wallet
Untuk baki di dalam ewallet, mek hanya maksimakan di bawah RM10 sahaja. Contohnya sekarang mek hanya ada RM5.60 sahaja di dalam ewallet mek. Untuk membuat pembelian, mek akan topup ewallet mek thru kad bank yang mek daftarkan. Contohnya mek nak bayar di KFC, jumlah pembelian adalah RM20.20. Maka masih perlukan sekitar RM15 untuk buat pembayaran. Mek akan reload hanya RM15 sahaja daripada kad bank.
Reload ewallet tidak memakan masa yang lama. Dalam tempoh 3 saat dah masuk duit kita dalam ewallet (kecuali kalau bank yang korang link sedang mengalami gangguan). Maka untuk topup immediate semasa berada di kaunter itu tidak menjadi masalah. Yang penting jangan panik. Its easy peasy actually. Lagi mudah daripada wave kad. Jadi jika korang ada ewallet, boleh lah start amalkan penggunaan ewallet dari sekarang.e-Wallet atau e-Dompet dalam bahasa Malaysia merupakan suatu perkhidmatan pembayaran tanpa tunai yang dibayar hanya menggunakan secara online dengan menggunakan sistem bar code. Setiap kali ingin membuat pembayaran, anda cari bar code akaun tersebut, scan menggunakan telefon pintar dan secara automatik pembayaran berjaya.
Inilah sistem yang sedang giat membangun di Malaysia khususnya bagi mengurangkan transaksi secara tunai. Zaman serba canggih sekarang, dengan setiap orang pasti ada telefon pintar dipoket, perkhidmatan e-wallet boleh digunakan oleh mereka. Sehingga Kerajaan dah umumkan peruntukan dalam Belanjawan 2020 baru berkaitan e-wallet ini.
Cara Bayar Online Guna Sistem Scan Ewallet Tng
Justeru itu, banyaklah syarikah berlumba-lumba mewujudkan e-wallet mereka itu sendiri. Sebagai contoh antara e-wallet yang ada di Malaysia seperti Maybank Pay, WeChat Pay, Boost, Touch 'N Go, BigPay, Fave Pay, AliPay, Grab Pay dan banyak lagi.
Dengan lambakan e-wallet yang ada ini, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Tetapi timbul juga masalah, iaitu mana antara premis yang banyak disediakan perkhidmatan bayaran daripada e-wallet ni? Berbeza dengan China sebagai contoh, disana kuasa besar e-wallet ini hanya ada pada AliPay dan juga WeChat Pay. Sehingga kedai tepi jalan pun sedia terima pembayaran WeChat Pay.
Jadi melalui kajian daripada iPrice Group dan App Annie, mereka senaraikan top 5 e-wallet yang banyak digunakan di Malaysia bermula tahun 2017 hingga 2019. Mereka mengeluarkan data seperti dibawah dengan membuat perbandingan pengguna aktif setiap bulan dan juga e-wallet yang paling banyak dimuat turun bagi Android dan iOS
Cara Top Up Touch N Go (kad & E Wallet)
Menurut infografik yang ditunjukkan antara e-wallet yang tersenarai adalah Boost, Touch 'N Go, Fave, Razer Pay, AliPay, BigPay, Grab Pay, dan Maybank Pay.
Menerusi data itu juga, boleh disimpulkan Grab Pay menduduki tangga pertama aplikasi e-wallet yang banyak dimuat-turun dan digunkan setiap bulan diikuti Touch 'N Go ditempat kedua, manakala Boost, Fave dan BigPay masing-masing di tempat ke 3, 4 dan 5.
Sebenarnya Grab Pay mempunyai kelebihan yang lebih berbanding e-wallet lain iaitu dalam aplikasi Grab itu sendiri terkandung bermacam-macam ciri seperti Grab Car, Grab Food dan sebagainya. Mungkin ini memberi kesan kepada ramainya pengguna yang muat turun. Malaysia ni, Grab Car je banyak dan aktif.
Semua Cawangan Mr Diy Tawar Khidmat Tambah Nilai Kad Touch 'n Go
Sejujurnya, aku hanya menggunakan 3 sahaja e-wallet setakat ini iaitu Boost, Touch 'N Go dan BigPay. Aku tak gunakan Grab Pay tapi guna perkhidmatan Grab Car.
Untuk Boost pada awalnya aku gunakan untuk pembayaran parking DBKL kerana ada diskaun, Touch 'N Go aku gunakan bila beli tiket wayang dan juga beli jika ada promosi seperti Tealive, KFC dan sebagainya. BigPay paling aku kerap guna lagi-lagi bila perbelanjaan lebih RM20 sebab dapat point BIG AirAsia. Boleh terbang free nanti. Guna biasa isi minyak petrol.
Masing-masing mempunyai kelebihan, pandai-pandai gunalah kan. Jadi antara top 5 e-wallet yang ada ni, korang guna yang mana? atau ada senarai lain? Kongsikan diruangan komen.
Cara Tebus Dan Guna Kredit Epemula Touch N Go Ewallet Rm150
Seorang yang kadang malas menulis tetapi rajin berkongsi. Tulis dimana-mana dahulu, dah sampai rumah, baru buka laptop dan buat post. twitter bloggeE-Dompet ataupun E-wallet