nasi minyak noxxa baru

nasi minyak noxxa baru

Nasi minyak adalah nasi yang sangat nostalgia buat saya. Dari kecil dulu, saya tak kenal, nasi lain selain dari nasi putih kecuali nasi minyak. Bila mengunjungi rumah mak saudara masa raya, inilah nasi yang dimasak. Kiranya setahun sekali jer makan nasi minyak ni kalau kenduri di kampung saya dulu pun, orang kampung hanya menyediakan nasi putih. Mungkin lah ada tempat istimewa mereka menyediakan nasi minyak untuk majlis kawin. Jadinya sehingga kini bila nak memasak nasi, saya pasti akan memilih nasi minyak. Bukan nasi tomato, bukan nasi beriyani juga bukan nasi lemak. Nasi ini semua nasi baru yang saya kenal setelah saya berkahwin dan berpindah di ibu kota. Hari ini adalah kali pertama saya memasak nasi menggunakan periuk tekanan Noxxa. Memang sangat cepat disediakan. Pendek kata kalau ada tetamu, tak sampai setengah jam dah boleh siap masak. Tapi kalau anda tidak menounya periuk tekanan, boleh jer masak atas dapur biasa. Tumis semua bahan dan satukan semua sekali di dalam periuk nasi elektrik. Masaklah seperti biasa. Nasi minyak saya hari ini sangat elok kejadiannya dan cukup lembut. Kami menggunakan beras basmathi jenis steam menjadikan nasi lebih lembut. Saya cuma rendam dalam 20 minit sebelum dimasak. Boleh klik di SINI untuk melihat gandingan nasi minyak saya iaitu Ayam Masak Merah, Ayam Masak Merah Keeper Recipe di SINI dan di SINI untuk Acar Timun Masak. Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…

3 cawan beras basmathi3 cawan air1 cawan susu cair½ cawan kismis2 helai daun pandan - siat dan simpul1 batang serai - titik 2 sudu besar minyak sapi1 sudu besar minyak jagung½ sudu kecil garam1 sudu kecil serbuk secukup rasaPewarna kuning telur

Tekan fungsi Stir Fry dan masukkan minyak sapi dan minyak. Masukkan serai, rempah 4 sekawan dan bawang serta halia hiris. Tumis sehingga bawang keperangan.

Resipi Nasi Minyak Noxxa Oleh Rh Kitchens

Tekan fungsi RICE 8 minit dan masak sehingga cukup masa. Bila nasi dah masak, Lepaskan wap, masukkan kismis dan titiskan pewarna. Dan tutup semula periuk. Biarkan sehingga 8-10 minit lagi sebelum nasi digembur perlahan lahan.

Jika masak 5 cawan beras, saya guna 5 cawan air dan 1 cawan susu, 3 sudu besar minyak sapi dan 1 sudu kecil garam.

LihatTutupKomentar