Apa khabar kalian semua? Hari ni masuk kerja terasa macam hari Isnin pulak.. baru cuti sehari dah terasa lain.. hehe.. Oklah.. hari ni nak kongsi resepi yang agak panjang... berjela2 resepinya.. hehe.. Sebenarnya.. panjang bukan hanya satu resepi.. tapi ada 4 resepi yang dimasukkan sekaligus kali ni... Dah malas nak buat entry berasingan.. lagipun.. lebih mudah nanti bila nak rujuk... semua ada dalam satu entry...
Kali pertama masak Nasi Dagang versi Kelantan ni sebenarnya. Sebelum2 ni memang dah kerap sangat masak nasi dagang.. tapi versi Terengganu... maklumlah kan.. kita lahir kat sana.. jadi resepi Terengganu tu macam dah sebati dengan jiwa & dah boleh hafal resepinya pun.. hehehe... Sebenarnya ada sedikit kelainan & perbezaan antara resepi nasi dagang Kelantan dengan Terengganu ni.. bukan saja lain kerana penggunaan berasnya yang berbeza.. tapi resepi gulainya juga berbeza. Resepi gulai nasi dagang versi Kelantan tidak menggunakan sebarang serbuk rempah seperti gulai nasi dagang Terengganu. Lebih mudah nak sediakan sebab tak perlu membuat kerisik & tak perlu susah2 nak dapatkan serbuk rempah cap bunga rose yang memang susah nak dapat kat Lembah Klang ni.. Tetapi yang pasti... rasa antara kedua2 gulai ini memanglah berbeza... sebab yang satu ada masukkan rempah & yang satu lagi tidak ada rempah. Kedua2nya pun sedap..! Gulai nasi dagang Kelantan ni pada pemerhatian MaDiHAa... terasa sikit2 macam gulai kunyit lengkuas versi Terengganu.. tapi adalah lagi bahan2 lain yang dimasukkan yang tiada dalam resepi gulai kunyit lengkuas seperti serbuk lada hitam & juga kelapa parut yang dikisar tu... itulah uniknya bila kita mencuba satu2 resepi dari negeri lain... kita boleh belajar cara yang berlainan dalam menyediakan menu yang sama... Antara lain perbezaan resepi nasi dagang Kelantan ni ialah... dengan adanya sambal ikan yang dihidangkan bersama2 dengan set nasi dagang.... rasanya kalau versi Terengganu.. belum pernah lagi terjumpa.. atau sebenarnya ada tapi aku yang tak tau.... wallahualam.. Kalau kawan2 tau.. tolong kongsi ye sebab aku ni nama je anak Terengganu.. tapi jarang2 dapat balik ke sana.. hehe...
Cooker />
Sebelum kita tengok resepinya.. MaDiHaA nak ucapkan terima kasih banyak2 pada Kak Jie Jie yang telah sudi berkongsi resepi lengkap ini bersama2 kita di fotopages nya tak lama dulu. Dah lama dah MaDiHaA simpan resepi ni.. tapi oleh sebab kepayahan untuk mendapatkan beras nasi dagang dari Kelantan.. jadi keinginan untuk mencuba asyik tertangguh2 saja. Kebetulan hari tu.. kawan kepada adik ipar nak balik Kelantan.. terus kirim dia belikan beras tu. Untuk pengetahuan kawan2 juga.. Kak Jie Jie di kala ini di khabarkan tidak berapa sihat. Baru saja keluar dari wad kerana masalah jangkitan pada paru-paru (mengikut kata Mamasya). Marilah kita sama-sama mendoakan semoga Kak Jie Jie segera sembuh (orang Kelantan cakap sembuh tu.. = siar) seperti sedia kala. Hari tu ada juga cuba telefon Kak Jie Jie.. tapi tak berjawap.. mungkin sedang berehat.. Rindu nak dengar gelak ketawa Kak Jie Jie macam selalu.. walaupun tak pernah berjumpa dengan beliau.. tapi terasa begitu mesra tiap kali berborak melalui telefon dengannya.
Resipi Nasi Dagang Kelantan Versi Tanak Oleh Cempaka Putih
Kak Jie.. Na mintak halal ye kongsi resepi kat sini... Untuk pengetahuan semua.. cara memasak nasi dagang ini telah di olah oleh Kak Jie Jie dengan cara yang lebih mudah iaitu dengan memasaknya ke dalam rice cooker. Kalau ikut cara yang sebenarnya.. perlu mengukus & mengarong macam kita masak pulut kuning. Tapi Kak Jie dah memudahkan kerja memasak untuk ibu2 yang bekerja yang sentiasa nak cepat siap.. hehe.. Thanks bebanyak ye Kak Jie.. Okay.. jom kita tengok resepinya... Ini resepi nasinya yer....
1 kg beras lembut (beras nasi dagang dari Kelantan) Santan pekat (RM2.50) + air (sesuaikan dengan sukatan nasi-1 1/2 ruas jari) (MaDiHaA ukur guna jari macam kita masak nasi putih.. tetapi santannya dikurangkan 1 cm dari ukuran memasak nasi putih) 1 sudu garam halus (MaDiHaA guna 2 sudu kecil) sejemput halba (MaDiHaA letak dalam 1 1/2 sudu kecil) 1 1/2 in halia ~ dihiris halus memanjang 5 ulas bawang merah ~ dihiris 3 ulas bawang putih ~ dihiris Cara: 1. Bersihkan (basuh) beras hingga bersih & tos sebentar. Masukkan beras, halba dan bahan hiris ke dalam rice cooker. 2. Masukkan santan pekat + air & garam. Gaul rata semua bahan.
9 ekor ikan kembung/tongkol yang telah direbus semalaman (MaDiHaA guna ikan tongkol anggaran 1.3 kg seekor.. rebus dengan 2 sudu kecil garam & 6 keping asam gelugur & 1 cawan air) santan pekat RM 1 + 3 cawan air (anggaran aje) (MaDiHaA guna anggaran 5 cawan santan) 2 biji cili merah dibelah dua (MaDiHaA ganti dengan 10 biji cili padi hijau) 2 biji tomato dipotong 4 2 biji timun dipotong ikut suka 1 keping asam keping garam secukup rasa ( sesuaikan dengan ikan rebus~dah sedia masin)

Asam Garam: Nasi Dagang Kelantan Senang Jer Rupanya.... :)
Bahan kisar 2 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 1 sudu teh lada hitam 1 1/2 inci lengkuas 15 biji cili kering 2 sudu serbuk kunyit segenggam kelapa parut dikisar berasingan dengan sedikit air Cara: 1. Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk. Panaskan dan dikacau selalu 2. Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh seketika. 3. Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api. Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak 4. Masukkan tomato, usik2 kejap kuah dan angkat.
1/2 biji kelapa parut 3 ulas bawang putih dihiris 4 ulas bawang merah dihiris 4 batang serai dihiris 4 ekor ikan rebus diambil isinya saja (ikan kembung/selayang) garam & gula secukup rasa

Cara: 1. Sangai kelapa parut bersama bawang putih, bawang merah dan serai sehingga garing dan kekuningan. menjadi kerisek 2. Blend kerisek bersama garam dan gula.Ketepikan 3. Blend isi ikan dan campurkan bersama sambal kerisek tadi. siap.
Aduhaaiii Sedap Nyeerr Nasi Dagang Terengganu Dengan Gulai Ikan Tongkol
Nota MaDiHaA : MaDiHAa rasa lebih mudah kita mencampur-gaulkan dahulu isi ikan & kerisik kemudian baru dikisar bersama. Sebab jika kisar isi ikan berasingan.. ia seakan2 melekat2 gitu.. so disarankan digaul dahulu bahan2 tersebut kemudian barulah dikisar.

2. Gaul bersama bawang besar, cili, gula, garam & cuka sehingga rata. Pastikan secukup rasa & biarkan selama 15 minit sebelum dihidangkan.
Nota MaDiHaA : MaDiHAa rasa lebih mudah kita mencampur-gaulkan dahulu isi ikan & kerisik kemudian baru dikisar bersama. Sebab jika kisar isi ikan berasingan.. ia seakan2 melekat2 gitu.. so disarankan digaul dahulu bahan2 tersebut kemudian barulah dikisar.

2. Gaul bersama bawang besar, cili, gula, garam & cuka sehingga rata. Pastikan secukup rasa & biarkan selama 15 minit sebelum dihidangkan.