CARA REBUS SUP TULANG NOXXA 42 MINIT ||Semalam hujan renyai - renyai sejuk sampai ke tulang rasa. Kali ini kongsi cara simple nak rebus sup tulang, tulang lembu yang diguna bukan bahagian rusuk tapi tulang kepala lutut lembu, harap boleh faham lah bahasa tu :D. Sekali tengok, macam mana nak makan dah tulang besar sangat. Tak apa ada solusinya. Untuk buat apa - apa sup, setia sangat guna sup bunjut adabi. Guna sup bunjut adabi dah tak perlu letak apa - apa tambahan lain dah, cukup ke semua rempah dalam sup bunjut adabi.
Kalau masak sup tulang, kat rumah memang pantang nak main tumis bagai, nanti ada yang merajuk tak makan, abah la tu, kita ni faham sangat sup tulang macam ni kan memang akan keluar lemak- lemak dia kan, kalau tumis pulak lagi lah berminyak, kononnya nak sihat buat lah sekali harung macam raja berangkat. :D. Tapi lemak tetap ada.
Minit />
Selepas rebus siap HP dalam 42 minit, dah lembut elok dah. Bab tulang lembu ni, HP memang kena dalam 40 minit ke atas sebab nak bagi lembut isi tulang semua tu.Kalau dapat bahagian lembu tua, memang lama lagi la kena masak sebab lambat nak lembut. Ada pernah pergi HP sampai dalam 50 minit baru lembut ya..
Cara Masak Sup Tulang Daging Noxxa Yang Mudah Dan Sedap
Kalau tulang kepala lutut lembu macam ini, macam ni lah caranya terpaksa hiris - hiris daging yang ada di celah tulang, baru boleh makan. Kalau seketul besar macam tu nak makan macam mana kan. Dah banyak kali dah buat macam ni senang sikit nak makan. Kalau dapat tulang rusuk lembu tu lain la.
Jemput tonton video di bawah ya. Nanti next entri nak kongsi yang paling mudah nak buat menu sup tulang macam ni, tak perlu tumis bagai hii.
Yang ini tunjuk cara simple nak rebus tulang lembu, kalau menu untuk sup tulang lembu, biasanya memang buat simple sangat tapi sedap.MASAK SUP TULANG GUNA PERIUK NOXXA, 20 MINIT SIAP MASAK! | Yup, tak sampai setengah jam dah siap masak Sup Tulang ni hanya guna Periuk Noxxa. Siapa ada periuk Noxxa atau periuk tekanan tinggi (pressure cooker), mesti takde rasa nak merungut ke nak membebel ke tiap kali nak masak dan melembutkan daging kan?.
Resipi Sup Tulang Rusuk Noxxa Oleh @dijah❤️kitchen
Dulu-dulu tiap kali nak masak daging, aishhh memang berejam le merebus daging atau tulang sampai empuk dagingnya, ada masa dah siap masak pun liat juga. Tapi sejak beli dan ada periuk Noxxa ni, kerja merebus dan lembutkan daging atau apa aje masakan, jadi cepat dan mudah.
Ada orang siap masak terus dalam periuk Noxxa ni, dan juga ada yang masak nasi dalam periuk Noxxa ni. Tapi Sis hanya memang guna dia untuk melembutkan daging atau ayam kampung/tua aja. Lepas tu memang cuci simpan elok-elok. Alhamdulilah juga, sejak yang kes Periuk Noxxa Sis jatuh tu dulu, masih lagi elok dan dapat berfungsi seperti biasa, kalau tak, memang nangis tak bunyi dah, bukan tak berlagu..

Dan beberpa hari lepas, ada permintaan Suami yang teringin nak makan Sup Tulang, kebetulan memang Suami tau Sis ada beli tulang. Makanya bila dah Suami kata nak makan, terus laaa Sis masakkannya walaupun tak cukup bahan.
Cara Rebus Sup Tulang Noxxa 42 Minit
Masak pun dah petang, nak keluar pi beli barang dan bahan pun malas, so masak aje laa dengan bahan yang ado. Nasib baik memang kat rumah stok sup bunjut dan rempah soto memang ada, so guna aje laa, janji jadi sup.
Bahan tumisan lain memang sedia ada, so takde laa susah sangat, cuma nampak kosong sikit, sebab takde saderi dan daun sup. Maklum ler pokok daun sup/bawang baru tanam dan nak hidup, apa yang nak di petiknya hahahaha..
Nasib baik juga jenis Suami tak cerewet atau nak perfect dalam bahan masakan atau makanan, janji siap dan masak sudah. Tapi kalau dah kita masak cukup bahan utama dan cukup rasa, insyaAllah, takde bahan sampingan pun dah sedap kann...
Masak Sup Tulang Guna Periuk Noxxa, 20 Minit Siap Masak!
Macam sup tulang ni, Sis hanya rebus 10 minit aje guna high pressure (HP), kemudian dalam periuk lain Sis tumis hirisan bawang besar, bawang putih, rempah tumis 5 sekawan, dan juga sup bunjut. Kemudian masukkan air rebusan dan juga air, then masukkan sikit rempah soto (takde pun takpe), then kalau nak pedas masuk cili padi, didhkan sampai mendidih.
Letak bahan perasa, kalau okay, siap!.. Tu kalau korang rajin macam Sis hahaha, malam tu buat sambal kicap, makan hirup kuahnya letak sambal kicap, perghhhh bermangkuk-mangkuk Suami menambahnya hahahaha..

Boleh plak kali ni beli tulang tu penuh isi daging, puas makan okay. Sekilo RM35 tu.. mahai juga tapi berbaloi dan puashati! ..
Noxxa Pressure Cooker
Lepas makan, haaaa tersandar kekenyangan hahahaha.. adeii Suami kata malam tu, 'Kenyang sampai Subuh ni' hahahaa lawak betul... Tuu lepas tu tak sampai sejam, terus tertido Suami kat ruang tamu sama macam si Kenit tu juga hahahaha..
Pstt nak cerita gak ni, si Kenit ni sekarang jadi kesayangan Suami plak, tiap malam di ajaknya tidur sama, anak Sis pun siap gelak-gelak gak nengok Ayahnya hehehe.. tu laaa mula takut gak Suami marah jaga dan bela kucing, akhirnya bila Kenit ni pandai jaga diri, Suami pun suka melayannya..

Call Me Sis Lin | Married | MoM of 3 | Housewife | Fulltime Blogger since 2008 . FAQ Kindly Email : linmdnoor[at]gmail[dot]com