Ketika Chef Haji Kamaruddin mesej Kjee supaya datang menikmati Nasi Dagang, product terbaru yang dikeluarkan oleh Wadi Daw'an sejak dua bulan lalu, Kjee cukup teruja. Kjee memang peminat Numero Uno (nombor one) Nasi Arab Yemen airtangan beliau. Malah, sejak menikmati keenakkan Nasi Arab beliau, Kjee dah tak berapa nak selera makan kat Restoran Arab lain.
Wadi Daw'an dah buat Nasi Dagang lah, Kjee beritahu UnclePali. Selalunya, kalau hujung minggu, UnclePali atau Nadia bawak Kjee pergi makan Nasi Dagang sekitar kawasan Keramat. Kalau makan berdua dengan UnclePali, selalunya mencecah hampir RM20! Kecut jugak perut setiap kali kalau singgah kat gerai jual Nasi Dagang.
Basmati />
Kenapa mesti mahal? Itu pertanyaan yang selalu berlegar dalam kepala Kjee. Kalau ada pelbagai lauk pauk yang ditayangkan depan mata, lagi mahal lah jadinya. Tengok apa sahaja, semua menyelerakan sehinggakan rasa lauk pauk, 'menutup' kesedapan rasa Nasi Dagang.
Rindu Nasi Dagang Terengganu Boleh Buat Untuk Sarapan
Paling murah setakat ini di Kuala Lumpur! katanya. Dan Kjee sangat-sangat setuju dan terkejut. Setuju Nasi Dagang Ganu Wadi Daw'an dijual tersangat murah. Dan terkejut apabila membuka 'kelongsong' daun pisang yang membaluti Nasi Dagang tersebut. Chef Hj Kamaruddin guna beras Basmathi Pakistan! Bukan beras Basmathi biasa tapi yang A1 Special, yang beliau gunakan untuk masak Nasi Arab beliau yang sedap tu!!
Isyhhhh biar betul Chef ni! Mana ada orang jual Nasi Dagang guna Beras Basmathi! Sudahlah menjadi orang pertama yang jual guna beras tersebut, rasa Nasi Dagang Ganu beliau jugak sedap!!! Tak cukup sebungkus tau!
Resipi yang digunakan, adalah turun temurun dari keluarga beliau. Chef Haji Kamaruddin berasal dari Terengganu. Selain resipi keluarga, beliau jugak banyak buat kajian melalui internet untuk menjadikan Nasi Dagang beliau sesuatu yang boleh dijadikan buah mulut pelanggan. Justru di situ sahaja, beliau sudah menang di segi strategi pemasaran apabila keenakannya meniti dari bibir ke bibir!
Nasi Dagang Terengganu Versi Beras Basmathi • Resepi Bonda
Rempah ratus yang digunakan untuk gulai Ikan Aya atau orang sebelah sini panggil Ikan Tongkol, jugak disediakan khas! Chef Haji Kamaruddin yang Kjee kenali, seorang insan yang tidak akan kompromi dengan kualiti dan kebersihan. Justru, tiap kali asyik teringat Nasi Arab Mandy dan Kabsah air tangan beliau. Bukan mandrem tau! Kalau tak percaya korang rasa sendiri. Hehehe.
Berbalik kepada Nasi Dagang Ganu ni. Masa berbual dengan Chef Haji Kamaruddin pagi kelmarin, Kjee tanya pasal sambutan pelanggan beliau terhadap product terbaru ini, sejak diperkenalkan dua bulan lalu.
Alhamdullilah syukur. Saya boleh jual 700 bungkus sehari! Ramai agent saya sekitar Kuala Lumpur. Hari Sabtu dan Ahad, jualan mengikut pesanan atau order. Biasanya hari Ahad saya cuti. Hanya kalau ada order melebihi RM500 baru saya terima, tambahnya.
Dill Weed Rice
Agent masih dipelawa. Mereka boleh mengambil stok seawal 6 pagi di kedai Wadi Daw'an di Bukit Keramat. Pesanan harus dibuat melalui telefon yang tertera di atas.
Mereka yang ingin membuat pesanan Nasi Dagang Ganu untuk sebarang majlis jugak dialu-alukan. Satu gantang Nasi Dagang bersama lauk ikan Aya serta Acar Timun Mentah atau Jelantah, dijual dengan harga RM320. Ini untuk jamuan 50-60 orang! Kjee dah reccee harga. Tempat lain jual 1 gantang Nasi Dagang berserta lauk dengan harga tidak kurang dari RM350!
Saya sendiri alah dengan pulut. Kalau makan Nasi Dagang yang ada campur pulut, saya boleh tidur separuh hari, katanya sambil ketawa. Nasi Dagang Ganu beliau boleh dimakan sepanjang hari!
Nasi Dagang Yus Kitchen
Beliau jugak menunjukkan pengiktirafan dari MARDI bahawa Nasi Dagang Ganu yang beliau hasilkan, rendah kalori dan lemak. Dan, kata Chef itu lagi, makanan beliau langsung tidak mengandungi Monosodium Glutamate (msg) dan bahan pengawet.
Nak pendekkan cerita, kalau korang suka bebenor makan Nasi Dagang Ganu, harus cubalah air tangan Chef Haji Kamaruddin ni. Kalau tak dapat singgah kat kedai beliau di Bukit Keramat, gi cari agent beliau di sekitar Lembah Kelang.
Kjee suka tengok cara Nasi Dagang Ganu ni dibungkus. Sangat-sangat ori dan menarik. Menurut Chef Hj Kamaruddin, kat Kuala Lumpur, rasanya dia seorang yang jual Nasi Dagang balut daun pisang seperti ini. Kat Terengganu pun dah sukar nak jumpa sekarang.
Nasi Dagang Anis Maju